Search This Blog

Friday, December 10, 2010

KAMU!!!!!!!!!!!!!!

Selalu kamu cuba membuat hati ini mahu menerimamu
Selalu kamu cuba menyapa dengan penuh harapan
Selalu kamu ukirkan senyuman tanda keinginan….
            Takku percaya hari ini kamu telah tiada…
Selalu aku tidak hiraukan segalanya
Selalu aku membiarkan kau tertanya-tanya
Selalu aku tidak mempedulikan setiap sapaanmu
            Hingga hari ini kau telah pergi…
Terlalu kejam aku padamu
Terlalu zalim aku padamu
Tapi mengapa hari ini aku menangisi pemergianmu
Ku terasa seperti aku harus memberikan jawapan….

Keinginanmu ku campak,ku diamkan tanpa ehsan
Malam-malam dimana kamu menyapaku,ku biarkan tanpa balasan
Aku menyesal….pada kamu
Akan sikapku…pada kamu
Akan khilafku….pada kamu…

Menangis!!!!!!!!
Buat pertama kali inilah aku mula merasakanmu
Aku mula menyedari…
Tidak salah jika sebelum ini ku berimu sedikit kesempatan…


No comments:

Post a Comment