Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

MENANGIS!!!!

Hangat genggam tanganmu…matamu ku tatap
Terasa tidak mahu ku lepaskan jabatan tangan ini…
Ku peluk erat….ada airmata tertitis
Seakan tidak mahu ku lepaskan dakapan ini….
Itulah kali terakhir ku melihatmu
Kali terakhir kau tersenyum,tawar….
Air mata ini gugur,mengalir lencun membasahi hati
Tiada kamu,dunia ini sunyi
Meski selalu saja ada pertengkaran antara kita
Selalu saja ada yang sering terasa namun…
Tiada kamu hilang separuh hatiku….
Menangis mata ini jua hati ini
Aku tak mahu kamu pergi…sungguh!!!!
Entah bila lagi bakal kita bertemu
Pasti aku akan sangat merinduimu
Pasti masa untuk aku sembuh selamanya takkan mungkin….
Jikalah kamu tidak mengalah
Jikalah kamu membenarkan aku utk turut sama berjuang
Aku pasti kita akan dapat lakukannya….
Menangis….
Hati ini akan selalu begitu
Setelah engkau pergi….. 

Friday, December 10, 2010

KAMU!!!!!!!!!!!!!!

Selalu kamu cuba membuat hati ini mahu menerimamu
Selalu kamu cuba menyapa dengan penuh harapan
Selalu kamu ukirkan senyuman tanda keinginan….
            Takku percaya hari ini kamu telah tiada…
Selalu aku tidak hiraukan segalanya
Selalu aku membiarkan kau tertanya-tanya
Selalu aku tidak mempedulikan setiap sapaanmu
            Hingga hari ini kau telah pergi…
Terlalu kejam aku padamu
Terlalu zalim aku padamu
Tapi mengapa hari ini aku menangisi pemergianmu
Ku terasa seperti aku harus memberikan jawapan….

Keinginanmu ku campak,ku diamkan tanpa ehsan
Malam-malam dimana kamu menyapaku,ku biarkan tanpa balasan
Aku menyesal….pada kamu
Akan sikapku…pada kamu
Akan khilafku….pada kamu…

Menangis!!!!!!!!
Buat pertama kali inilah aku mula merasakanmu
Aku mula menyedari…
Tidak salah jika sebelum ini ku berimu sedikit kesempatan…