Search This Blog

Tuesday, August 30, 2011

Benci

Post kat FB???ntahlah ada satu post Fiey kat FB telah mengguris hati seorang kawan Fiey...sebenarnya post tu bukan untuk dia pun,,,maybe salah Fiey sendiri tak peka dengan kawan2 sampai mengguris hati dia..bukan Fiey berniat nak berlagak baik dalam post tu...ntahla agaknya memang dari dulu memang dia tak suka Fiey kot...segala salah dan silap dia dah pun Fiey maafkan kalau ikutkan orang lain takkan maafkan perbuatan dia tu...tapi Fiey tak nak kenang yang lalu, yang berlalu tu biarlah....memang dulu ktorang raapt,semua rahsia kami ceritakan, memang Fiey akui sejak hal tu Fiey dah tak rapat dengan dia tapi Fiey tak pernah pun benci dia...ntahla,Fiey serabut bila memikirkan hal ni..Fiey tak nak bermusuh dengan sape2 pun...NTAHLAH!!!!!!!!!!

Wednesday, August 24, 2011

Berhentilah Menangis



Berhentilah menangis...
Lepaskan luka ini ke udara sekelilingmu
Bebatkan luka ini bersama ketabahan...
Berhentilah bersedih...
Suatu masa kamu akan tegar
Segala yang terjadi menguji kesungguhan diri...

"Aku tiada daya sungguh tidak berupaya
Selama ini aku bertahan saja tanpa banyak bicara
Namun batasku sudah hilang kudratnya
Menghambur ke seluruh ruang
Hingga penuh darah meliputiku...

Rembesan luka ini tidak pernah berhenti walau sesaat pun
Ia pekat, pejal dan jitu
Tidak akan terungkai oleh apa-apa kata pun
Sungguh aku hilang ketabahan...

Dalam selama ini aku bertahan
Berjuta kelong tangisan ku titiskan
Namun ku gagahkan jua
Nyata kini aku amat terluka
Sungguh sehingga aku hilang keyakinan"

Duhai hati,
Usahlah begitu
Lepaskanlah luka itu sejauh-jauhnya
Kamu tabah terlalu kuat sehingga kamu menempuhinya
Tidak banyak manusia mampu menjadi sepertimu
Atau sampai ditempatmu sebelum masa....

Duhai hati,
Janganlah menangis...

24 ramadhan, 24 August 2011...

"Strong" - LeAnn Rimes



The light of my life's been stolen
I've walked in every shade of black and I never thought I would get me back
It's funny how life can change you and make you who you are today
I wonder if God set it up that way for me to be

[Chorus]
Strong even when it hurts
The heat it's gonna burn gotta let it burn
Strong, strong
To make a big mistake now I've run away

There's nothing like this feeling to be free and unafraid
And who ever thought I could be this brave
Learning every day

[Chorus]
Strong even when it hurts
The heat it's gonna burn gotta let it burn
Strong, strong
To make a big mistake now I've run away

I wanna push away the boundaries
I wanna love outside the lines
I wanna stare at the sun I don't care if I go blind
Whatever comes, whatever breaks, I'll stand up straight

[Repeat Chorus]

Saturday, August 20, 2011

Emosi.......

Perasaan dan emosi adalah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita umatnya...dari perasaan inilah lahir kasih sayang, cinta dan sewaktu dengannya...tapi bagaimana cara menangani perasaan sedih,kecewa, marah atau tertekan?

Sebenarnya bagi Fiey, Fiey mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani pergolakkan emosi yang berlaku kepada diri Fiey....

Fiey yakin semua orang ada cara masing-masing dalam menangani perasaan tersebut. Bila marah kita takkan pernah fikir apa yang kita ucapkan atau lakukan, well time setan merasuk diri kewarasan otak pun hilang pertimbangan...tapi sebenarnya bagi Fiey perasaan marah tu lahir disebabkan beberapa sebab, ada sesetengahnya meluahkan merasa marah kerana tak puas hati dengan apa yang berlaku, ada pula yang meluahkannya hanya semata2 ingin didengar atau menarik perhatian mereka yang selama ini tak pernah memahami perasaan individu tersebut...(well i've been in that situation hahaha, trying so hard to attract other or at least to make them understand)...

Nak menangani kesedihan?orang cakap menangis tu satu kepuasan untuk melegakan rasa sakit atau sedih, Fiey bersetuju dengan teori tersebut, bila dah lepas nangis tu at least rasa lega sikit, ya well it's not the solution tapi tu la cara nak menabahkan diri sementara masalah tu masih berkeliaran..haha

Fiey banyak menagani emosi Fiey dengan muzik atau lebih tepat lagi melalui lagu..misalnya kalau Fiey sedih Fiey akan nyanyi lagu-lagu ballad yang menggambarkan perasaan fiey begitu juga bila Fiey marah, fiey akan dengar lagu yang catchy yang mungkin ada unsur2 karma atau pembalasan dalam lagu tu contoh macam lagu Mon Amor oleh Shakira yang menceritakan tentang ketakpuasan hatinya kepada kekasihnya dan berharap percutian kekasihnya menjadi satu malapetaka. Ending lagu tu dengan stewardess yang mengumumkan kekasihnya dan kekasih barunya sudah tiba tapi di neraka bukan di tempat percutian yang sepatutnya...hahaha bunyi agak klise & kejam tapi at least it expresses your emotion...

Dan bila Fiey down Fiey dengar lagu spiritual yang mampu menaikkan balik semangat Fiey macam I look To You by Whitney Houston dan sebagainya...Fiey sendiri tak tahu mengapa tapi lagu-lagu tu membantu Fiey bangun balik dari kesakitan Fiey...

Dan yang pentingnya, doa kepada Tuhan, cara ni Fiey rasa semua orang yang mempunyai aqidah buat...ye la kat siapa lagi kita nak mengadu kalo bukan dekat Dia...Dia lebih tahu akan segala-galanya lagipun segala yang berlaku adalah ujian daripadaNya..so keyakinan kepada dia dalah satu penawar dalam mengharungi segala dugaan...

Mengadu dekat orang lain?Kaedah ni pun boleh but beware not all people mahu mendengar masalah kita & tak semua manusia tu jujur...Fiey kurang sikit dengan cara macam ni bukan tak percaya tapi tak semua orang tahu apa yang kita rasa n sometimes dorang rasa kita buat masa dorang...nak cari orang yang dipercayai tu susah...

Bagaimana cara kita menangani emosi kita tu terpulang kepada individu, masing-masing ada cara tersendiri contohnya macam shopping atau beriadah untuk melupakan masalah yang dihadapi...what ever it is world is beautiful, live it cause you deserve it.=)





Friday, August 19, 2011

Kehidupan & Kepenatan (Ups and Downs)

P......E.....N......A.....T......
Tu la Fiey rasa ketika ni...tak sangka dah masuk 19 hari puasa dah...tengahari tadi panas giler,tekak ni asyik dahaga je, terbayang-bayang air batu sunquick ataupun sirap...sedapnya kalo dapat minum sekarang hahahahaha....

Sebenarnya Fiey boring giler, tak tahu nak buat apa...nak tengok tv takde citer yang best...dalam masa yang sama Fiey rasa terkilan, terngiang-ngiang kata-kata mak Fiey semalam...tipulah kalo tak rasa apa-apa apatah lagi kalo kata2 tu datang dari orang yang dekat dengan kita...
Ikut kata mak,abang Fiey yang sulong tak selesa dengan penampilan Fiey sekarang coz ada kawan-kawan dia tegur cakap yang Fiey ni macam perempuan, dia mintak Fiey jadi jantan...rasanya mak Fiey perasan ada perubahan pada muka Fiey masa dia cakap camtu, rasa terkilan dalam hati sangat-sangat...dulu Fiey rasa bahagia coz Fiey ada keluarga yang faham Fiey tapi ternyata Fiey silap...

Penampilan Fiey takde macam pompuan pun, Fiey pakai jeans Levis potongan lelaki, baju tshirt biasa(bukn baby t) pun kalo Fiey pakai baju yang kecik Fiey akan pakai sweater atau cardigan selebihnya banyak baju-baju ala-ala Korea yang ramai budak laki lain pakai...rambut Fiey agak panjang tapi takdela panjang sangat, Fiey buat rambut style Justin Bieber..cma cara jalan Fiey berlenggok & bila Fiey bercakap terlalu sopan, tapi tu la diri Fiey dari dulu lagi..muka Fiey memang agak feminin apatah lagi memang secara semulajadinya Fiey dianugerahkan kening terbentuk sejak lahir lagi...tapi rupakan dah ditentukan Tuhan? Fiey tak ubah apa-apa pun...
Fiey masa kat Perlis

Nak cover balik, Fiey cakap kat mak Fiey yang Fiey tak kisah pun orang nak kata apa tapi dalam hati Tuhan je tahu...mak Fiey kemudian pujuk Fiey dengan kata takpelah, sudah azalinya Fiey macam ni, mak Fiey bangga dengan Fiey sebab Fiey banyak tolong buat2 kerja rumah yang budak laki lain takkan buat...kat situlah Fiey rasa Fiey bertuah sangat dapat mak macam dia..plus adik Fiey pun pujuk Fiey...Fiey tahu adik Fiey faham apa yang Fiey rasa...thanx lil sis...

                  Mak & Kakak Fiey (Kak G)                                                            
                           
Adik Fiey, Khai

Cuma Fiey makin terkilan dengan perbuatan abang Fiey tu, sejak hari tu dia tak pernah lagi ajak Fiey keluar sekali dengan dia...Fiey dapat rasakan kelainan dah, Fiey tak nak Fikir buruk tapi Fiey rasa dia malu nak bawa Fiey keluar lagi coz takut kawan-kawan dia mengata lagi...Fiey faham sangat yang dia sangat menjaga air muka sendiri sebenarnya dan Fiey tak nak rosakkan imej baik dia....

Teringat pulak dekat abang Fiey yang kedua, Fiey memang tak rapat dengan dia coz dia pelik sikit dalam family ktorang,jarang-jarang je Fiey bercakap dengan dia...hari tu Fiey keluar sekali dengan dia coz nak pergi ambil duit dana yang diberi utk pemuda Terengganu, Fiey tau ramai kawan-kawan dia mengata Fiey tapi dia tak pernah bersungut pun...lagi teruk bila ada seorang mamat ni kaco Fiey, memang Fiey sorang2 masa tu...takde orang nak backup pun....rasa nak nangis tapi Fiey kuatkan diri buat selamba je...Alhamdulillah Fiey ok kemudiannya...

Entahlah bagaimana nanti, Fiey sering tertanya-tanya tapi selagi Fiey dapat sokongan dari parents,adik,kakak & anak2 sedara Fiey, Fiey akan terus kuat...Fiey yakin suatu hari nanti Fiey akan jadi macam apa yang abang Fiey tu nak...it just a matter of time...

Thursday, August 18, 2011

Kejadian Adam

Menarik betul bila Fiey baca artikel ni dari blog Keindahan Semalam...so Fiey nak kongsi dengan korang sume. link blog tu http://keindahansemalam.blogspot.com/2008/09/betapa-payahnya-malaikat-malaikat.html?spref=fb
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

.
Wallahuallam

Wednesday, August 17, 2011

Dunia & Manusia Yang Menghuninya

If no one will listen you, what would you do?sebenarnya Fiey ada banyak pengalaman dengan orang yang macam ni...awal2 tu susah giler nak terima, rasa cam nak bagi je penumbuk sebiji...ye la time dia kt dengar je elok, time kita dia buat acuh tak acuh pulak...come on la,give and take la....


Sebenarnya kita banyak berhadapan dengan pelbagai ragam manusia kat dunia..kat rumah,kat sekolah, kat universiti mahupun kat mana2 saja...bagi Fiey, Fiey banyak berhadapan dengan benda macam ni kat universiti and it still does...kadang ada yang sanggup menipu parents dorang kata macam-macam nak cover diri sendri walhal kenyataannya Tuhan je yang tahu...ada juga yang tak boleh nak ditegur, pantang macam tu terus angin, padahal kita tegur untuk kebaikan dia...

Fiey pernah berhadapan dengan satu tuduhan yang amat menggila Fiey rasa...silap Fiey cuma tak nak ikut dia ke satu tempat yang memang dia dah plan lama nak pergi, ketika dia dan kawan-kawannya tengah havoc2 happening, dia keluarkan cerita yang kononnya Fiey ni bdak kampung yang tak sedar diri dan menyusahkan mak bapak...dunia ni kecil sbenarnya, salah seorg daripada kawan dia yang merupakan juga kawan Fiey akhirnya menceritakan hal tu..awal2 dengar agak terkilan tapi then rasa nak gelak sorang2...dia kenal Fiey tp xbermakna dia boleh menilai Fiey...Fiey tak pernah susahkan mak ayah Fiey,dalam satu sem tu hanya sekali Fiey minta duit dengan parents Fiey bila dah akhir2 sem...tu pun duit tiket nak balik...Fiey rasa dia reflect balik kot coz dia yang macam tu,sikit2 rosak tu, rosak ni...benda yang dah ada nak tukar baru...hahahahaha...DONIA DONIA!!!!!

Itu belum lagi bila kita berhadapan dengan orang yang suka mempergunakan diri kita demi kepentingan sendiri...Fiey tahu dalam setiap manusia akan ada nilai selfishness, tapi biarlah bertempat...ramai kawan-kawan Fiey berhadapan dengan masalah ni especially mereka yang mempunyai kereta...well people will take your heart semata2 nak mempergunakan korang....bukan dalam bentuk material pun ada, ada yang mempergunakan orang lain untuk siapkan assignment la, untuk cover diri la & macam2 lagi...pasti korang pun pernah melalui benda yang sama kan?


Tapi kan sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam dunia ni and it reflects to us buat kita makin beware and wise dalam hidup ni...sesetengah benda akan buat kita marah, sedih & geram but in the end kita akan tau dan faham sebenarnya semua tu menguji kita and it will make us better...betul, Fiey bukan seorang yang penyabar sebenarnya tapi bila dah lalui banyak benda macam tu Fiey dah boleh terima dan tahan kemarahn Fiey dan membentuk kesabaran dalam diri....

Ramai kawan-kawan puji sikap Fiey yang boleh bertahan dan sabar, sbnrnya Fiey sendiri tak pernah sangka yang Fiey akan memjadi setabah & sesabar diri Fiey sekarang but being there (UUM) buatkan Fiey rasa Fiey memegang satu tanggungjawab & feel like a big brother kpd sesetengah kawan Fiey...kena selalu cool & selalu play my part like a grown one...i dont have that strenght  actually but atmosphere taught me how to reach 'em....