Search This Blog

Monday, November 29, 2010

MELUPAKAN AKU…

Sepanjang kehidupanmu ini
Mungkin kau terlupa engkau pernah mengenaliku
Mungkin kau terlupa pernah wujud aku dalam hari2mu…

Sepanjang pertemuan kita ini
Engkau selalu melupakan aku
Sengaja memadamkan kenangan2 yang pernah ada
Sehingga engkau benar2 lupa akan diriku…

Akulah yang terlupakan itu
Mungkin kau lupa…akulah insan yang selalu bersamamu
Menyeka tangismu, menyambut senyummu, menjadi bahu tempat kau bersandar…
Akulah yang kau lupakan itu
Setelah kakimu melangkah meninggalkan aku
Kau terlupa bahawa ingatan aku terlalu kuat padamu setiap waktu
Dalam kesendirianku ku menangis…mudahnya kau melupakan aku…

Kamu!!!tidak pernah aku terlupakan
Seperti mana aku dahulu,begitulah aku hari ini
Masih merindumu,masih ingin kau dakap dalam lenamu
Masih ingin merasa tangismu menitis ke atas bahuku….

Tapi kamu….telah pun melupai aku….

No comments:

Post a Comment