Search This Blog

Wednesday, April 27, 2011

CUKUPLAH AKU PUNYA KAMU


Kehidupan ini tidak dapat aku gambarkan tanpa kamu
Biarpun berbeza aku dan engkau…..
Kamu tidak seperti yang lain
Tidak pandai melafazkan cinta
Tidak pandai mengatur bicara melembut jiwa….
Kamu Cuma diri kamu yang sebenar
Barannya menebal bila ku tersalah
Terlalu kasar hingga kadang2 melukakan
Namun kau selalu mengerti aku
Selalu menjaga aku,selalu menyayangi aku…

Berjalan dalam terik panas takku kehausan bila dengan kamu...
Berlari ke hujung dunia sekalipun takku kepenatan bila dengan kamu...
Begitu ombak menerjah pun takku kebimbangan bila ada kamu...
Tiada siapa yg mengerti,cukuplah aku memahami kamu & kamu ada aku...

Mereka berkata dan terusan mencemuh
Kau genggam tanganku dan membawaku melewati kesakitan itu
Dalam kelewatan itu tanpa bicara namun kau memelukku tanpa lepas
Ku memahami biarpun tanpa bicara
Kerana kau aku tahu
Cukuplah kau mengerti aku & aku tahu kamu…

No comments:

Post a Comment